



Bersempena dengan acara tersebut, satu sesi lawatan berpandu telah diadakan pada jam 7.15 hingga 7.50 malam. Peserta lawatan seramai 20 orang (terdiri daripada pegawai atasan dan tetamu-tetamu Tourism Malaysia) dibawa melihat Pameran Mosaic of Malaysia di aras 2, BSLN. Turut sama membantu mengendalikan lawatan ialah En. Tan Sei Hon, Kurator Cawangan Pembangunan Seni dan Pn. Faridah Hanim, Kurator Cawangan Pendidikan.
No comments:
Post a Comment