



14 Ogos (Jumaat) BSLN telah menjadi lokasi bagi mendapatkan ilham atau inspirasi bagi peserta-peserta pertandingan make-up anjuran Shu Uemura dan HOTSHOES. Peserta yang tiba pada 9.30 pagi ini telah diberi taklimat oleh penganjur berkenaan pertandingan dan seterusnya taklimat lawatan oleh En Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu. Peserta pertandingan seterusnya dibawa melawat ke galeri aras 2, Mosaic of Malaysia dan memulakan misi mereka mencari dan merakam inspirasi daripada lukisan-lukisan yang dipamerkan. Acara tamat pada jam 11.30 pagi, para peserta ini akan memulakan cabaran seterusnya (make-up sebenar) di L'oreal Main Office pada 19 Ogos 2009.Tarikh Lawatan: 14 Ogos 2009 (Jumaat)
Peserta Lawatan: Peserta-peserta senarai pendek, pertandingan Make-up Shu Uemura
Bilangan Peserta: 20 orang peserta, 10 orang (dari pihak penganjur dan media)
Masa Lawatan: 9.30 - 11.30 pagi
No comments:
Post a Comment