LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

24 June 2009

SMK Gemas, Negeri Sembilan




17.06.2009, Satu lawatan telah diadakan oleh pelajar serta guru SMK Gemas, Negeri Sembilan. Seramai 43 pelajar serta 4 orang guru telah menyertai lawatan yang pertama kali diadakan oleh pihak sekolah ke BSLN. Pelajar diberi peluang untuk melihat karya-karya asal pelukis-pekukis tanahair.

Lawatan dari Multiform Educational Service




Bersempena dengan cuti sekolah bermula dari 1 jun hingga 13 jun2009, Multiform Educational Service telah menganjurkan siri lawatan ke BSLN bersama pelajar-pelajar dari institusi pengajaran seni lukis sekitar lembah kelang dan seremban. Lawatan ini telah disertai seramai 80 pelajar serta 10 guru dari setiap sesi. Sesi lawatan ini telah diadakan pada 4, 9, 10 dan 11 Jun 2009. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan berlangsung di BSLN adalah lawatan berpandu ke galeri-galeri di BSLN,program melukis serta mewarna.

04 June 2009

Lawatan Kelas Melukis


3 Jun 2009- Satu lawatan berkumpulan dari WING'S Art Studio, Cheras (dibawah kelolaan AIM Sinergy Service) telah datang ke BSLN. Kumpulan ini terdiri daripada 45 orang kanak-kanak 6-10 tahun, ditemani oleh beberapa orang penjaga dan guru. WING'S Art Studio merupakan satu program kelas lukisan (di luar waktu sekolah) tersendiri yang digerakkan oleh pasangan suami isteri, Mr. John Lee Cheng Eng dan Ms.Cheong Wing Lan. Lawatan tiba pada jam 2.15 petang dan berakhir pada jam 3.20 petang.

03 June 2009

SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar

Sesi taklimat dan tayangan video

Melihat lukisan bawah laut kanak-kanak yang terpanjang

Penerangan di hadapan galeri Pameran Teng: Satu Penghargaan

2 Jun 2009-Balai Seni Lukis Negara menerima kunjungan berkumpulan dari SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak. Kumpulan yang terdiri daripada 30 pelajar tingkatan 4 dan 5, aliran seni & multimedia serta 5 guru, tiba di BSLN pada jam 11.30 pagi. Kedatangan mereka dari Bandar Diraja ini adalah semata untuk didedahkan dengan seni lukis semasa serta karya-karya asli yang dipamerkan di BSLN. Lawatan yang dimulakan dengan sesi taklimat dan tayangan video ini seterusnya dibawa melawat ke galeri-galeri di Aras 3 dan 1 BSLN (Aras 2 ketika ini sedang dibaikpulih untuk pameran akan datang) .

02 June 2009

Lawatan Dari SMK Tunku Abdul Malik,Alor Star,Kedah




31 Mei 2009-Ahad :
Satu lawatan telah diadakan oleh pelajar serta guru dari SMK Tunku Abdul Malik,Alor Star,Kedah. Peserta lawatan yang terdiri dari kalangan pelajar tingkatan 5 serta tingkatan 6 telah menyertai lawatan ini. Bertujuan untuk memberi pendedahan serta melihat sendiri karya-karya asal pelukis-pelukis tanahair. Disamping melawat pelajar juga turut diberikan tugasan berbentuk kuiz seni dan soalan yang diberikan adalah berasaskan karya-karya agung negara serta latarbelakang BSLN.