LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

29 April 2009

LAWATAN DARI SMK LANDAS, TERENGGANU




Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 & 6 dari SMK Landas, Terengganu telah mengadakan lawatan ke BSLN pada 29 april 2009 jam 11.00 pagi. Lawatan yang diadakankan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan berkaitan seni visual tempatan serta memberi pendedahan kepada pelajar dari negeri pantai timur ini berkaitan perkembangan seni tanahair.

ART APPRECIATION SERIES 3 :


Senarai nama yang pergi
En. Erry Arham Azmi
En. Mohd Azrul Amin Arshad
En. Vikramah West
Pn. Sa'adiah
Cik Nordiana

28/4/2009 jam 6.30 petang Unit lawatan berpandu telah pergi ke galeri petronas untuk mendengar cara dan bagaimana mengapresiasi karya seni. An introduction to contemporary art in malaysia adalah tajuk yang disampaikan oleh Beverly Yong yang merupakan kurator dan juga penulis. Sedikit sebanyak ilmu yang dapat kami pelajari mengenai cara2 mengapresiasi karya seni. thanks to Beverly yong.

24 April 2009

LAWATAN MULTIMEDIA UNVERSITI

BSLN telah menerima kunjungan dari pelajar MULTIMEDIA UNIVERSITI (MMU) seramai 82 orang. Pelajar-pelajar tersebut adalah dari pelajar tahun satu.














22 April 2009

LAWATAN GALERI TUANKU AZLAN SHAH PERAK

Seramai 20 orang kakitangan dari Galeri Tuanku Azlan Shah dan Jabatan Kerja Raya(JKR) telah datang ke BSLN pada jam 2.00 petang. Menurut pengurus Galeri Sultan Azlan Shah tujuan kedatangan mereka ini adalah untuk mempelajari serta mengenalpasti bagaimana caranya penjagaan sesebuah karya di lakukan serta mengenalpasti keadaan arkib yang sesuai untuk sesebuah karya itu disimpan. Disebabkan mereka akan menambah sebuah lagi bangunan tambahan untuk galeri mereka maka dengan itu mereka telah datang ke BSLN untuk mengetahui dan melihat dengan lebih terperinci dari sudut teknikal.




21 April 2009

LAWATAN MEDIA NEGARA CHINA

20 April 09, Isnin - BSLN menerima kunjungan tetamu Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Y.B Senator Heng Seai Kei. Mereka ialah Jurnalis dari Negara China, Miss Rita Zhao dan Mr Charlie. Tiba di BSLN pada jam 11.30 pagi, disambut oleh Pengarah Bhg. Penyelidikan dan Perkhidmatan Pameran, Pn. Zanita Anuar, diiringi oleh Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu, En. Mohd Azrul Amin.

Rita Zhao dan Charlie melihat karya dalam proses Dunia Dalam 1 Kilometer oleh S. Amin Shahab


17 April 2009

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNWAY

Seramai 43 pelajar tingkatan 5 dan 2 orang guru kaunselor SMK Bandar Sunway, Petaling Jaya telah membuat lawatan ke Balai Seni Lukis Negara untuk mengetahui lebih mendalam tentang seni lukis di malaysia. Pelajar -pelajar ini terdiri daripada mereka yang mengmbil matapelajaran pendidikan seni di sekolah mereka. Taklimat awal diberikan aga mereka mengetahui sedikit latar belakang atau pun sejarah Balai Seni Lukis Negara sebelum mereka membuat lawatan melihat karya-karya yang di pamerkan di dalam galeri.





























LAWATAN PERMATA SERAMAI 500 PESERTA

Ketibaan rombongan lawatan dengan deretan bas


15 April 09, Rabu - Buat julung kalinya, BSLN menerima lawatan rombongan terbesar bagi tahun 2009 setakat ini. Rombongan yang difahamkan tetamu kepada YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor ini (terdiri dari warga tempatan dan antarabangsa) sebenarnya singgah sebentar di BSLN pada jam 5.50 petang, untuk menjamu pancaindera mereka dengan karya-karya yang sedang dipamerkan, sebelum bertolak ke destinasi sebenarnya iaitu di Istana Budaya untuk program seterusnya pada jam 7.30 malam.

Saudara S. Amin Shahab dikerumuni ahli rombongan


Majalah terbitan BSLN, SENIKINI turut menjadi sasaran

Pada mulanya, rombongan ini disambut oleh para Kurator dan Penolong Kurator, dan diberi taklimat serta ucapan selamat datang oleh YBrs Ketua Pengarah BSLN, sebelum rombongan ini dipecahkan kepada lebih kurang 20 kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini seterusnya diketuai oleh setiap Kurator dan Penolong Kurator BSLN yang membawa mereka ke galeri-galeri untuk melihat pameran.

Taklimat oleh Ketua Pengarah BSLN, YBrs Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa

15 April 2009

ART APPRECIATION SERIES 2: PAINTERS, SCULPTORS DI GALERI PETRONAS


Senarai nama yang pergi
En. Erry Arham Azmi
En. Mohd Azrul Amin Arshad
Cik Norazlina Mohd Shafie
Pn. Norahan Jusoh
Pn. Norhidayah Musa
14/4/2009 jam 6.30 petang Unit lawatan berpandu telah pergi ke galeri petronas untuk mendengar cara dan bagaimana mengapresiasi karya seni. An introduction to contemporary art in malaysia adalah tajuk yang disampaikan oleh Beverly Yong yang merupakan kurator dan juga penulis. Sedikit sebanyak ilmu yang dapat kami pelajari mengenai cara2 mengapresiasi karya seni. thanks to Beverly yong. Disini disertakan video rakaman yang dapat kita lihat atau fahami sepanjang art talk tersebut.


11 April 2009

BENGKEL PENYEDIAAN FAIL MEJA




Pada 10 hingga 12 April 2009 telah diadakan satu bengkel penyediaan fail meja untuk Bahagian Penyelidikan dan Perkhidmatan Pameran. Bengkel ini telah diadakan di The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, N. Sembilan. Bengkel ini adalah bertujuan menyiapkan fail meja individu untuk bahagian ini. En. Jaafar telah memberikan penerangan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan fail meja kami. Bengkel ini telah membantu staff balai seni lukis negara mengenalpasti senarai tugas, proses kerja, arahan peraturan pentadbiran dan semakan kerja bagi memudahkan kami menjalankan kerja harian mengikut standart yang telah ditetapkan.

09 April 2009

LAWATAN OLEH BEKAS MENTERI KEBUDAYAAN ARAB SAUDI






Jam 3.00 petang bekas menteri kebudayaan Arab Saudi iaitu Mr. Ilyad telah datang melawat Balai Seni Lukis Negara

PERBINCANGAN FILE MEJA UNIT





Satu perbincangan telah diadakan di pusat sumber Balai Seni lukis Negara mengenai File Meja Unit Lawatan Berpandu bagi mengenalpasti kerja-kerja hakiki untuk unit ini. perbincangan ini bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 11.30 pagi.