8 Ogos 2008 (Sabtu), Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah melawat ke BSLN. Peserta lawatan terdiri daripada 245 orang murid sekolah-sekolah rendah sekitar Keramat, Kuala Lumpur. Mereka telah berada di Pusat Kokurikulum (yang terletak bersebelahan dengan BSLN) sejak 2 hari yang lalu bagi mengikuti Kem 1 Malaysia.


Lawatan ke BSLN ini merupakan salah satu aktiviti riadah, selain melihat sendiri karya-karya asli yang dipamerkan dan mengaitkan pengalaman dengan latihan serta motivasi berkenaan 1 Malaysia yang telah diterapkan sepanjang berada di kem Pusat Kokurikulum.Tiba pada jam 2.30 petang, lawatan telah disambut dengan sesi taklimat di ruang lobi BSLN. Taklimat adalah berkenaan sedikit pengenalan, sejarah dan peranan BSLN, selain pengenalan kepada Pameran Mosaic of Malaysia serta tatacara melawat pameran.


Turut mengiringi lawatan ialah guru-guru sekolah rendah sekitar Keramat dan Kuala Lumpur, seramai 40 orang, dan juga para Pembantu Muzium Unit Lawatan Berpandu BSLN. Lawatan tamat pada jam 4.00 petang. Para peserta lawatan memberikan respon yang sangat baik berkenaan dengan pengalaman yang mereka perolehi ketika lawatan.Tarikh Lawatan: 8 Ogos 2009
Peserta Lawatan: Murid dan guru, Pusat Kokurikulum, Kuala Lumpur
Bilangan Peserta: 245 murid & 40 guru pengiring
Masa Lawatan: 2.30 - 4.00 petang
No comments:
Post a Comment