





18 Ogos 2009 (Selasa) Persatuan Wanita Cina Bercham, Ipoh, Perak telah melawat ke BSLN. BSLN, merupakan lokasi lawatan yang ketiga mereka selepas melawat Muzium Negara dan Angkasapuri pada sebelah pagi. Lawatan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan BSLN selain memperkenalkan kepada mereka, pameran-pameran yang sedang berlangsung di BSLN. Turut membantu mengiringi lawatan ini ialah Cheah Wen Ing, Kurator Penyelidikan, Lim Ai Woei, Penolong Kurator Penyelidikan dan Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu.Tarikh Lawatan: 18 Ogos 2009 (Selasa)
Peserta Lawatan: Persatuan Wanita Cina Bercham, Ipoh, Perak
Bilangan Peserta: 41 orang
Masa Lawatan: 2.30 - 4.00 petang
No comments:
Post a Comment