Sesi Taklimat dan tayangan video
Melawat ke Pameran terkini di BSLN, "Tampannya Budi"Bilangan Peserta: 35 orang
Masa Lawatan: 10.30 pagi - 12.00 tgh hari
LATARBELAKANG
Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.
Visi
Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni
Misi
Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN
Objektif
Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.
Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.
Aktiviti
WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS
10 am - 6 pm (daily)
** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)
**except for the public holidays of
Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)
**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)
GUIDED TOUR HOURS
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)
Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)
** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Sesi Taklimat dan tayangan video
Melawat ke Pameran terkini di BSLN, "Tampannya Budi"





18 Ogos 2009 (Selasa) Persatuan Wanita Cina Bercham, Ipoh, Perak telah melawat ke BSLN. BSLN, merupakan lokasi lawatan yang ketiga mereka selepas melawat Muzium Negara dan Angkasapuri pada sebelah pagi. Lawatan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan BSLN selain memperkenalkan kepada mereka, pameran-pameran yang sedang berlangsung di BSLN. Turut membantu mengiringi lawatan ini ialah Cheah Wen Ing, Kurator Penyelidikan, Lim Ai Woei, Penolong Kurator Penyelidikan dan Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu.



14 Ogos (Jumaat) BSLN telah menjadi lokasi bagi mendapatkan ilham atau inspirasi bagi peserta-peserta pertandingan make-up anjuran Shu Uemura dan HOTSHOES. Peserta yang tiba pada 9.30 pagi ini telah diberi taklimat oleh penganjur berkenaan pertandingan dan seterusnya taklimat lawatan oleh En Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu. Peserta pertandingan seterusnya dibawa melawat ke galeri aras 2, Mosaic of Malaysia dan memulakan misi mereka mencari dan merakam inspirasi daripada lukisan-lukisan yang dipamerkan. Acara tamat pada jam 11.30 pagi, para peserta ini akan memulakan cabaran seterusnya (make-up sebenar) di L'oreal Main Office pada 19 Ogos 2009.
Tarikh Lawatan: 12 Ogos 2009 (Rabu)
8 Ogos 2008 (Sabtu), Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah melawat ke BSLN. Peserta lawatan terdiri daripada 245 orang murid sekolah-sekolah rendah sekitar Keramat, Kuala Lumpur. Mereka telah berada di Pusat Kokurikulum (yang terletak bersebelahan dengan BSLN) sejak 2 hari yang lalu bagi mengikuti Kem 1 Malaysia.


Lawatan ke BSLN ini merupakan salah satu aktiviti riadah, selain melihat sendiri karya-karya asli yang dipamerkan dan mengaitkan pengalaman dengan latihan serta motivasi berkenaan 1 Malaysia yang telah diterapkan sepanjang berada di kem Pusat Kokurikulum.

Turut mengiringi lawatan ialah guru-guru sekolah rendah sekitar Keramat dan Kuala Lumpur, seramai 40 orang, dan juga para Pembantu Muzium Unit Lawatan Berpandu BSLN. Lawatan tamat pada jam 4.00 petang. Para peserta lawatan memberikan respon yang sangat baik berkenaan dengan pengalaman yang mereka perolehi ketika lawatan.
Tarikh Lawatan: 6 Ogos 2009



Tarikh Lawatan: 6 Ogos 2009


Tarikh Lawatan: 5 Ogos 2009 (Rabu)


3 Ogos 2009 (Isnin), A Moment of Sharing: Art & Tourism, bersama Y. Berhormat Dato' Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Acara yang dikendalikan oleh Tourism Malaysia ini diadakan di BSLN dari jam 7.00 hingga 10.30 malam.