
BSLN telah menganjurkan pertandingan melukis,
Wiraku Patriotisme: Ke Arah Satu Malaysia, di BSLN pada
25 Jun 2009. Bersempena dengan acara tersebut, satu taklimat khas dan lawatan berpandu telah diadakan khas kepada para guru yang mengiringi anak murid mereka. Taklimat khas dan lawatan berpandu ini diadakan sementara para peserta pertandingan (murid-murid sekolah) sedang bertanding, dari jam 9 sehingga 11 pagi. Seramai lebih kurang 170 orang guru telah mengikuti taklimat khas dan lawatan berpandu ini.
Taklimat di dalam Auditorium, telah diberikan oleh Penolong Kurator, En. Erry Arham (Pengenalan BSLN dan lawatan), Kurator Cawangan Perkhidmatan Pameran, En. Majidi Amir (Persediaan dan Teknikal Pameran) dan Kurator Cawangan Konservasi, En. Amerrudin Ahmad (Cabaran Pameran Pada Masa Kini).
No comments:
Post a Comment