
Peserta lawatan seramai 20 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur antara 6-13 tahun dan diiringi 5 tenaga pengajar Da Vinci telah dibawa melawat ke galeri-galeri pameran di BSLN.
Selain itu mereka turut dibawa melawat ke Kotak Seni untuk melihat Artist In Resident, En. Amirudin Ariffin dan En. Rafie Abdul Rahman. Di Kotak Seni, mereka didedahkan tentang bagaimana pelukis bekerja dan menghasilkan lukisan. Mereka juga berpeluang bertanya soalan dan beramah mesra dengan pelukis.
Sebagai pelengkap kepada lawatan ini, satu pertandingan kraf yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Da Vinci telah diadakan. Hasilan kraf ini adalah berdasarkan daripada pengalaman mereka setelah melawat dan melihat pameran-pameran yang diadakan di BSLN. Sementara menunggu keputusan pemenang pertandingan ini, para peserta lawatan telah diberikan 10 soalan pop kuiz berkenaan dengan BSLN dan pameran yang diadakan. Lawatan tamat pada jam 2.30 petang.Terima kasih diucapkan kepada Pn. Badliza Badrudin, selaku Principal Da Vinci Creative Kids, Ampang serta tenaga-tenaga pengajar Da Vinci kerana sudi membawa kelas mereka melawat ke BSLN.
No comments:
Post a Comment