


18 Julai 2009 (Sabtu), lawatan daripada Tourism Malaysia ke BSLN pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-pengarah Tourism Malaysia dari North/East/Southeast Asia & Singapore, South/West Asia & South Africa, America/Europe &Oceania dan juga dari Ibu Pejabat Tourism Malaysia sendiri, yang diadakan sejak 10 Julai lalu di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur. Lawatan seramai 40 orang ini adalah untuk mendapatkan input-input terkini selain melihat sendiri lokasi-lokasi pelancongan menarik di Kuala Lumpur.Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat serta pembentangan di Auditorium oleh En Mohamad Majidi Amir (Kurator Cawangan Pameran) dan En Tan Sei Hon (Kurator Unit Pembangunan Seni) berkenaan peranan serta aktiviti yang dilakukan. Lawatan seterusnya dibawa melawat ke Pameran Mosaic of Malaysia dan Koleksi Himpunan Tetap: Susurmasa. Turut mengiringi lawatan ke galeri-galeri ialah Penolong-penolong Kurator daripada Bahagian Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran, Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi & Konservasi dan Bahagian Perhubungan Korporat BSLN.
Unit Lawatan Berpandu juga mengambil kesempatan di dalam Blog ini, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pegawai-pegawai yang telah membantu dalam menjayakan lawatan ini.
No comments:
Post a Comment