Pada 8 Julai 2009, Kementerian Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Post Cabinet kementerian mereka di Balai Seni Lukis Negara. Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi, Kementerian Pelancongan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan.Sementara menanti ketibaan YB Menteri, Ahli-ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke galeri Pameran Mosaic of Malaysia oleh Unit Lawatan Berpandu. Lawatan sekitar 20 minit ini memperkenalkan karya-karya hasil pelukis dari negara China, Zhang Zhou (pameran sedang berlangsung sehingga penghujung Ogos 2009). Antara pegawai yang mengiringi lawatan ialah Pengarah Bhg Penyelidikan & Pameran, Pn Zanita Anuar, Kurator, En Majidi Amir, Penolong Kurator, En Erry Arham Azmi dan En Mohd Azrul Amin.
Lawatan tamat sebelum ketibaan YB Menteri Pelancongan, dan mesyuarat bersidang tepat jam 3 petang.
No comments:
Post a Comment