Sesi taklimat dan tayangan video
Melihat lukisan bawah laut kanak-kanak yang terpanjang
Penerangan di hadapan galeri Pameran Teng: Satu Penghargaan2 Jun 2009-Balai Seni Lukis Negara menerima kunjungan berkumpulan dari SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak. Kumpulan yang terdiri daripada 30 pelajar tingkatan 4 dan 5, aliran seni & multimedia serta 5 guru, tiba di BSLN pada jam 11.30 pagi. Kedatangan mereka dari Bandar Diraja ini adalah semata untuk didedahkan dengan seni lukis semasa serta karya-karya asli yang dipamerkan di BSLN. Lawatan yang dimulakan dengan sesi taklimat dan tayangan video ini seterusnya dibawa melawat ke galeri-galeri di Aras 3 dan 1 BSLN (Aras 2 ketika ini sedang dibaikpulih untuk pameran akan datang) .