Lawatan para pelajar Tahun Akhir, Program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, membuat kajian dan menemubual mengenai pengurusan maklumat dan rekod-rekod karya seni di BSLN. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Metadata mereka.
Jadual program lawatan yang disusun ialah:
- Taklimat pengenalan, sejarah dan peranan BSLN
- Taklimat mengenai penggunaan sistem pengurusan maklumat rekod-rekod karya seni di BSLN oleh En. Mohd Fairus Ismail (Penolong Kurator Koleksi) dan En. Azidi Amin (Penolong Pegawai Sistem Maklumat)
- Soaljawab
- Lawatan ke Galeri Pameran
Sesi taklimat
Lawatan ke galeri pameran Tampannya BudiTarikh Lawatan: 9 September 2009 (Rabu)
Peserta Lawatan: Pelajar Tahun Akhir, Program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Bilangan peserta: 25 Pelajar & 1 Pensyarah
Masa lawatan: 10.00 pagi - 1.30 petang