LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

23 July 2009

Lawatan In-House Multimedia College

Tarikh lawatan: 13 Julai 2009 (Isnin)
Peserta lawatan: Dari pelajar Kursus Multimedia, In-House Multimedia College, Kuala Lumpur
Bilangan peserta: 11 orang
Masa lawatan: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

Lawatan IPGM Kedah

Tarikh lawatan: 11 Julai 2009 (Sabtu)
Peserta lawatan: Dari IPGM Kedah
Bilangan peserta: 39 orang
Masa lawatan: 3.00 - 5.00 petang

Lawatan Jabatan Senibina, UKM

Tarikh lawatan: 9 Julai 2009 (Khamis)
Peserta lawatan: Dari Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan & AlamBina, UKM Bangi
Bilangan peserta: 10 orang pelajar
Masa lawatan: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

20 July 2009

Lawatan Kedutaan Negara China

19 Julai 2009 (Ahad), Seramai 8 pelawat daripada Kedutaan Negara China telah melawat ke BSLN. Lawatan yang bertujuan untuk melihat Pameran Mosaic of Malaysia ini tiba pada jam 3.00 petang. Turut mengiringi lawatan ialah Ketua Pengarah BSLN, Pengarah Bhg Perhubungan Korporat, Pengarah Bhg Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran BSLN serta En Tai Keik Hock, Kolektor kepada karya-karya yang dipamerkan. Lawatan tamat pada jam 4.00 petang.

Lawatan Pengarah-pengarah Luar Negeri, Tourism Malaysia

18 Julai 2009 (Sabtu), lawatan daripada Tourism Malaysia ke BSLN pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-pengarah Tourism Malaysia dari North/East/Southeast Asia & Singapore, South/West Asia & South Africa, America/Europe &Oceania dan juga dari Ibu Pejabat Tourism Malaysia sendiri, yang diadakan sejak 10 Julai lalu di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur. Lawatan seramai 40 orang ini adalah untuk mendapatkan input-input terkini selain melihat sendiri lokasi-lokasi pelancongan menarik di Kuala Lumpur.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat serta pembentangan di Auditorium oleh En Mohamad Majidi Amir (Kurator Cawangan Pameran) dan En Tan Sei Hon (Kurator Unit Pembangunan Seni) berkenaan peranan serta aktiviti yang dilakukan. Lawatan seterusnya dibawa melawat ke Pameran Mosaic of Malaysia dan Koleksi Himpunan Tetap: Susurmasa. Turut mengiringi lawatan ke galeri-galeri ialah Penolong-penolong Kurator daripada Bahagian Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran, Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi & Konservasi dan Bahagian Perhubungan Korporat BSLN.

Unit Lawatan Berpandu juga mengambil kesempatan di dalam Blog ini, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pegawai-pegawai yang telah membantu dalam menjayakan lawatan ini.

Lawatan IPGM Kota Bharu

10 Julai 2009 (Jumaat), seramai 19 penuntut IPGM Kampus Kota Bharu telah melawat ke BSLN. Diketuai oleh pensyarah mereka, En Nor Anuwar Hamat, lawatan tiba di BSLN pada jam 3.00 petang. Lawatan sehingga jam 5.00 petang ini bertujuan bagi memenuhi kehendak silibus IPGM disamping memberikan pendedahan kepada bakal-bakal guru ini berkenaan arena seni visual tanahair.

08 July 2009

Lawatan Sempena Mesyuarat Post Cabinet Tourism Malaysia

Pada 8 Julai 2009, Kementerian Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Post Cabinet kementerian mereka di Balai Seni Lukis Negara. Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi, Kementerian Pelancongan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan.

Sementara menanti ketibaan YB Menteri, Ahli-ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke galeri Pameran Mosaic of Malaysia oleh Unit Lawatan Berpandu. Lawatan sekitar 20 minit ini memperkenalkan karya-karya hasil pelukis dari negara China, Zhang Zhou (pameran sedang berlangsung sehingga penghujung Ogos 2009). Antara pegawai yang mengiringi lawatan ialah Pengarah Bhg Penyelidikan & Pameran, Pn Zanita Anuar, Kurator, En Majidi Amir, Penolong Kurator, En Erry Arham Azmi dan En Mohd Azrul Amin.

Lawatan tamat sebelum ketibaan YB Menteri Pelancongan, dan mesyuarat bersidang tepat jam 3 petang.

Lawatan IPGM Kampus Pusat Bahasa Melayu

6 Julai 2009, satu lawatan dari IPGM Kampus Pusat Bahasa Melayu telah melawat ke Balai Seni Lukis Negara. Kumpulan seramai 40 orang, yang terdiri daripada bakal-bakal guru ini tiba pada jam 2 petang. Ketibaan mereka disambut dengan taklimat dan seterusnya lawatan ke galeri-galeri pameran yang diketuai oleh Kurator Bahagian Pameran, Encik Majidi Amir. Lawatan yang bertujuan memberikan pendedahan tentang bidang seni visual tanahair ini, bagi memenuhi keperluan silibus pengajian mereka, tamat pada jam 4 petang.

02 July 2009

Lawatan Kolej PTPL Shah Alam

Pada 2 Julai 2009, Kolej PTPL Shah Alam telah melawat ke BSLN. Kumpulan seramai 20 orang ini tiba ke BSLN pada jam 10.00 pagi, dan disambut dengan penerangan dan taklimat lawatan oleh petugas Unit Lawatan di dalam auditorium. Selepas itu, mereka dibawa melawat ke galeri-galeri pameran di BSLN. Lawatan tamat pada jam 11.30 pagi.

Lawatan IPGM Cheras

IPGM, Cheras telah melawat ke BSLN pada 2 Jun 2009 di bawah kelolaan En. Salehudin (Pensyarah). Ketibaan mereka pada jam 9.30 pagi telah disambut, seterusnya dibawa melawat ke galeri-galeri pameran. Lawatan singkat ini berakhir pada jam 11.00 pagi, memandangkan para bakal guru ini perlu menghadiri kelas yang seterusnya di institusi mereka.