LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

16 September 2009

UiTM Puncak Perdana

Tarikh: 14 September 2009 (Isnin)
Peserta lawatan: Pelajar tahun 1 & 2, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam
Bilangan peserta: 40 pelajar dan 1 pensyarah
Masa lawatan: 1.30 - 3.00 petang

10 September 2009

Kanak-kanak WAKE

Tarikh lawatan: 10 September 2009 (Khamis)
Peserta lawatan: kanak-kanak Rumah Kebajikan Wanita & Kesihatan (WAKE) Jln P. Ramlee, Kuala Lumpur
Bilangan peserta: 10 kanak-kanak & 6 pengiring
Masa lawatan: 3.00 - 4.15 petang

09 September 2009

Lawatan Informasi Metadata

Lawatan para pelajar Tahun Akhir, Program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat dari UiTM Puncak Perdana, Shah Alam ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, membuat kajian dan menemubual mengenai pengurusan maklumat dan rekod-rekod karya seni di BSLN. Ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Metadata mereka.

Jadual program lawatan yang disusun ialah:
  • Taklimat pengenalan, sejarah dan peranan BSLN
  • Taklimat mengenai penggunaan sistem pengurusan maklumat rekod-rekod karya seni di BSLN oleh En. Mohd Fairus Ismail (Penolong Kurator Koleksi) dan En. Azidi Amin (Penolong Pegawai Sistem Maklumat)
  • Soaljawab
  • Lawatan ke Galeri Pameran
Sesi taklimat


Lawatan ke galeri pameran Tampannya Budi


Tarikh Lawatan: 9 September 2009 (Rabu)
Peserta Lawatan: Pelajar Tahun Akhir, Program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam.
Bilangan peserta: 25 Pelajar & 1 Pensyarah
Masa lawatan: 10.00 pagi - 1.30 petang

UiTM Puncak Perdana

Tarikh lawatan: 8 September 2009 (Selasa)
Peserta lawatan: Pelajar Tahun 1, Seni Lakon, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam
Bilangan peserta: 20 pelajar & 1 pensyarah
Masa Lawatan: 1.00 petang - 2.15 petang

07 September 2009

UiTM Sri Iskandar

Tarikh Lawatan: 5 September 2009 (Sabtu)
Peserta Lawatan: Pelajar Semester 2, Senibina Lanskap, UiTM Sri Iskandar, Perak
Bilangan Peserta: 55 Pelajar & 2 Pensyarah
Masa Lawatan: 10.00 pagi - 1.00 petang