LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

26 August 2009

Institut Kraf Negara (IKN)

Sesi Taklimat dan tayangan video

Melawat ke Pameran terkini di BSLN, "Tampannya Budi"

Tarikh Lawatan: 25 Ogos 2009 (Selasa)
Peserta Lawatan: Pelajar dan guru, Kursus Logam, Institut Ktaf Negara (IKN), Rawang
Bilangan Peserta: 35 orang
Masa Lawatan: 10.30 pagi - 12.00 tgh hari

19 August 2009

Lawatan Persatuan Wanita Cina Bercham

18 Ogos 2009 (Selasa) Persatuan Wanita Cina Bercham, Ipoh, Perak telah melawat ke BSLN. BSLN, merupakan lokasi lawatan yang ketiga mereka selepas melawat Muzium Negara dan Angkasapuri pada sebelah pagi. Lawatan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai fungsi dan peranan BSLN selain memperkenalkan kepada mereka, pameran-pameran yang sedang berlangsung di BSLN. Turut membantu mengiringi lawatan ini ialah Cheah Wen Ing, Kurator Penyelidikan, Lim Ai Woei, Penolong Kurator Penyelidikan dan Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu.

Tarikh Lawatan: 18 Ogos 2009 (Selasa)
Peserta Lawatan: Persatuan Wanita Cina Bercham, Ipoh, Perak
Bilangan Peserta: 41 orang
Masa Lawatan: 2.30 - 4.00 petang

Lawatan SMK Raja Tun Uda

Tarikh Lawatan: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Peserta Lawatan: Pelajar dan guru, SMK Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Bilangan Peserta: 80 orang
Masa Lawatan: 10.30 pagi - 12.30 tgh hari

17 August 2009

Lawatan Peserta Pertandingan Make-up

14 Ogos (Jumaat) BSLN telah menjadi lokasi bagi mendapatkan ilham atau inspirasi bagi peserta-peserta pertandingan make-up anjuran Shu Uemura dan HOTSHOES. Peserta yang tiba pada 9.30 pagi ini telah diberi taklimat oleh penganjur berkenaan pertandingan dan seterusnya taklimat lawatan oleh En Mohd Azrul Amin, Penolong Kurator Unit Lawatan Berpandu. Peserta pertandingan seterusnya dibawa melawat ke galeri aras 2, Mosaic of Malaysia dan memulakan misi mereka mencari dan merakam inspirasi daripada lukisan-lukisan yang dipamerkan. Acara tamat pada jam 11.30 pagi, para peserta ini akan memulakan cabaran seterusnya (make-up sebenar) di L'oreal Main Office pada 19 Ogos 2009.

Tarikh Lawatan: 14 Ogos 2009 (Jumaat)
Peserta Lawatan: Peserta-peserta senarai pendek, pertandingan Make-up Shu Uemura
Bilangan Peserta: 20 orang peserta, 10 orang (dari pihak penganjur dan media)
Masa Lawatan: 9.30 - 11.30 pagi

12 August 2009

Lawatan IPGM Tengku Ampuan Afzan

Tarikh Lawatan: 12 Ogos 2009 (Rabu)
Peserta Lawatan: Pelajar IPGM Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
Bilangan Peserta: 45 orang
Masa Lawatan: 2 hingga 4 petang

10 August 2009

Lawatan Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur

8 Ogos 2008 (Sabtu), Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur telah melawat ke BSLN. Peserta lawatan terdiri daripada 245 orang murid sekolah-sekolah rendah sekitar Keramat, Kuala Lumpur. Mereka telah berada di Pusat Kokurikulum (yang terletak bersebelahan dengan BSLN) sejak 2 hari yang lalu bagi mengikuti Kem 1 Malaysia.

Lawatan ke BSLN ini merupakan salah satu aktiviti riadah, selain melihat sendiri karya-karya asli yang dipamerkan dan mengaitkan pengalaman dengan latihan serta motivasi berkenaan 1 Malaysia yang telah diterapkan sepanjang berada di kem Pusat Kokurikulum.

Tiba pada jam 2.30 petang, lawatan telah disambut dengan sesi taklimat di ruang lobi BSLN. Taklimat adalah berkenaan sedikit pengenalan, sejarah dan peranan BSLN, selain pengenalan kepada Pameran Mosaic of Malaysia serta tatacara melawat pameran.

Turut mengiringi lawatan ialah guru-guru sekolah rendah sekitar Keramat dan Kuala Lumpur, seramai 40 orang, dan juga para Pembantu Muzium Unit Lawatan Berpandu BSLN. Lawatan tamat pada jam 4.00 petang. Para peserta lawatan memberikan respon yang sangat baik berkenaan dengan pengalaman yang mereka perolehi ketika lawatan.

Tarikh Lawatan: 8 Ogos 2009
Peserta Lawatan: Murid dan guru, Pusat Kokurikulum, Kuala Lumpur
Bilangan Peserta: 245 murid & 40 guru pengiring
Masa Lawatan: 2.30 - 4.00 petang

07 August 2009

Lawatan SMK St Thomas

Tarikh Lawatan: 6 Ogos 2009
Peserta Lawatan: Pelajar dan guru, SMK St Thomas, Kuantan.
Bilangan Peserta: 59 pelajar dan 6 guru
Masa Lawatan: 12.30 tgh hari - 1.45 petang

Lawatan SK Telok Kemang

Tarikh Lawatan: 6 Ogos 2009
Peserta Lawatan: Pelajar dan guru, SK Telok Kemang, Port Dickson.
Bilangan Peserta: 40 murid dan 4 guru
Masa Lawatan: 10.00 - 11.15 pagi

06 August 2009

Lawatan SMK Pangkor

Tarikh Lawatan: 5 Ogos 2009 (Rabu)
Peserta Lawatan: Pelajar dan guru SMK Pangkor, Perak
Bilangan Peserta: 40 pelajar dan 4 guru
Masa Lawatan: 3.00 - 4.00 petang

04 August 2009

Lawatan Sempena 'A Moment of Sharing'

3 Ogos 2009 (Isnin), A Moment of Sharing: Art & Tourism, bersama Y. Berhormat Dato' Seri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia. Acara yang dikendalikan oleh Tourism Malaysia ini diadakan di BSLN dari jam 7.00 hingga 10.30 malam.

Bersempena dengan acara tersebut, satu sesi lawatan berpandu telah diadakan pada jam 7.15 hingga 7.50 malam. Peserta lawatan seramai 20 orang (terdiri daripada pegawai atasan dan tetamu-tetamu Tourism Malaysia) dibawa melihat Pameran Mosaic of Malaysia di aras 2, BSLN. Turut sama membantu mengendalikan lawatan ialah En. Tan Sei Hon, Kurator Cawangan Pembangunan Seni dan Pn. Faridah Hanim, Kurator Cawangan Pendidikan.