LATARBELAKANG

Unit ini diwujudkan untuk memberi keberkesanan perkhidmatan pameran menerusi perkhidmatan / aktiviti interpretasi pameran yang mula diperkenalkan sebagai satu unit baru di BSLN.

Visi

Ke arah kecemerlangan bentuk dan makna pameran seni

Misi

Menyelidik, mempamer, menginterpretasi dan menerbitkan serta mendokumentasikan pelbagai output seni BSLN

Objektif

Memberi panduan pemahaman makna seni menerusi khidmat kajian, penerbitan dan interpretasi pameran.

Menyediakan interpretasi pameran ke arah meningkatkan kefahaman, memupuk dan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni visual.

Aktiviti

  • Melaksanakan program latihan kemahiran interpretasi kepada sukarelawan dan pembantu galeri
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan interpretasi pameran
  • Menguruskan permohonan interpretasi pameran dari pihak luar
  • Menyusun dan menyelia jadual interpretasi pameran setiap bulan
  • Mengurus jadual tugasan harian interpretasi pameran
  • Merangkasuai isikandung aktiviti interpertasi pameran mengikut tahap kesesuaian lawatan
  • Menyediakan cenderahati untuk setiap lawatan dari pihak luar
  • Menyediakan dan mengumpul borang kajiselidik /maklumbalas lawatan
  • Membuat lawatan interpertasi pameran di luar Balai Seni Lukis Negara

WAKTU LAWATAN UMUM
OPENING HOURS

10 pagi - 6 petang (setiap hari)
10 am - 6 pm (daily)

** Kecuali pada
Hari Raya Aidilfitri ( 2 hari)
Hari Raya Aidiladha (1 hari)

**except for the public holidays of

Hari Raya Aidilfitri ( two days)
Hari Raya Aidiladha (one day)

**Untuk Bulan Ramadhan
9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

**In the month of Ramadhan
9 am -5 pm (daily)


WAKTU LAWATAN BERPANDU
GUIDED TOUR HOURS

Isnin hingga Jumaat sahaja
Sesi Pagi ( 10 pagi – 12 Tengahari)
Sesi Petang ( 3 petang – 5 petang)

Monday to Friday only
morning session (10 am - 12 noon)
afternoon session (3 pm - 5 pm)

** Terhad kepada 30 orang untuk setiap sesi lawatan
Borang Permohonan Lawatan Berpandu mestilah
dihantar 2 minggu sebelum tarikh lawatan

**30 person maximum
form must be return to research and Exhibition Department (Guided Tour Unit ) Two Weeks befare visits for process and coordination. Late application will not be entertained.

T:- 03-40267000
F:- 03-40244998

31 July 2009

Lawatan SMK Iskandar Shah

Tarikh Lawatan: 30 Julai 2009 (Khamis)
Peserta Lawatan: Pelajar SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka
Bil. Peserta: 40 orang
Masa Lawatan: 3.00 - 5.00 petang

27 July 2009

Lawatan Kolej PTPL Shah Alam

Tarikh lawatan: 24 Julai 2009 (Jumaat)
Peserta lawatan: Pelajar tahun 1, Kolej PTPL Shah Alam
Bilangan peserta: 13 orang
Masa lawatan: 10.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

23 July 2009

Lawatan In-House Multimedia College

Tarikh lawatan: 13 Julai 2009 (Isnin)
Peserta lawatan: Dari pelajar Kursus Multimedia, In-House Multimedia College, Kuala Lumpur
Bilangan peserta: 11 orang
Masa lawatan: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

Lawatan IPGM Kedah

Tarikh lawatan: 11 Julai 2009 (Sabtu)
Peserta lawatan: Dari IPGM Kedah
Bilangan peserta: 39 orang
Masa lawatan: 3.00 - 5.00 petang

Lawatan Jabatan Senibina, UKM

Tarikh lawatan: 9 Julai 2009 (Khamis)
Peserta lawatan: Dari Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan & AlamBina, UKM Bangi
Bilangan peserta: 10 orang pelajar
Masa lawatan: 10.00 pagi - 12.00 tgh hari

20 July 2009

Lawatan Kedutaan Negara China

19 Julai 2009 (Ahad), Seramai 8 pelawat daripada Kedutaan Negara China telah melawat ke BSLN. Lawatan yang bertujuan untuk melihat Pameran Mosaic of Malaysia ini tiba pada jam 3.00 petang. Turut mengiringi lawatan ialah Ketua Pengarah BSLN, Pengarah Bhg Perhubungan Korporat, Pengarah Bhg Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran BSLN serta En Tai Keik Hock, Kolektor kepada karya-karya yang dipamerkan. Lawatan tamat pada jam 4.00 petang.

Lawatan Pengarah-pengarah Luar Negeri, Tourism Malaysia

18 Julai 2009 (Sabtu), lawatan daripada Tourism Malaysia ke BSLN pada jam 2.30 hingga 4.30 petang. Lawatan ini adalah bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-pengarah Tourism Malaysia dari North/East/Southeast Asia & Singapore, South/West Asia & South Africa, America/Europe &Oceania dan juga dari Ibu Pejabat Tourism Malaysia sendiri, yang diadakan sejak 10 Julai lalu di Hotel Sri Pacific, Kuala Lumpur. Lawatan seramai 40 orang ini adalah untuk mendapatkan input-input terkini selain melihat sendiri lokasi-lokasi pelancongan menarik di Kuala Lumpur.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat serta pembentangan di Auditorium oleh En Mohamad Majidi Amir (Kurator Cawangan Pameran) dan En Tan Sei Hon (Kurator Unit Pembangunan Seni) berkenaan peranan serta aktiviti yang dilakukan. Lawatan seterusnya dibawa melawat ke Pameran Mosaic of Malaysia dan Koleksi Himpunan Tetap: Susurmasa. Turut mengiringi lawatan ke galeri-galeri ialah Penolong-penolong Kurator daripada Bahagian Penyelidikan & Perkhidmatan Pameran, Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi & Konservasi dan Bahagian Perhubungan Korporat BSLN.

Unit Lawatan Berpandu juga mengambil kesempatan di dalam Blog ini, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Pegawai-pegawai yang telah membantu dalam menjayakan lawatan ini.

Lawatan IPGM Kota Bharu

10 Julai 2009 (Jumaat), seramai 19 penuntut IPGM Kampus Kota Bharu telah melawat ke BSLN. Diketuai oleh pensyarah mereka, En Nor Anuwar Hamat, lawatan tiba di BSLN pada jam 3.00 petang. Lawatan sehingga jam 5.00 petang ini bertujuan bagi memenuhi kehendak silibus IPGM disamping memberikan pendedahan kepada bakal-bakal guru ini berkenaan arena seni visual tanahair.

08 July 2009

Lawatan Sempena Mesyuarat Post Cabinet Tourism Malaysia

Pada 8 Julai 2009, Kementerian Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) telah mengadakan Mesyuarat Post Cabinet kementerian mereka di Balai Seni Lukis Negara. Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi serta ketua-ketua pengarah jabatan dan agensi, Kementerian Pelancongan ini dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan.

Sementara menanti ketibaan YB Menteri, Ahli-ahli mesyuarat telah dibawa melawat ke galeri Pameran Mosaic of Malaysia oleh Unit Lawatan Berpandu. Lawatan sekitar 20 minit ini memperkenalkan karya-karya hasil pelukis dari negara China, Zhang Zhou (pameran sedang berlangsung sehingga penghujung Ogos 2009). Antara pegawai yang mengiringi lawatan ialah Pengarah Bhg Penyelidikan & Pameran, Pn Zanita Anuar, Kurator, En Majidi Amir, Penolong Kurator, En Erry Arham Azmi dan En Mohd Azrul Amin.

Lawatan tamat sebelum ketibaan YB Menteri Pelancongan, dan mesyuarat bersidang tepat jam 3 petang.

Lawatan IPGM Kampus Pusat Bahasa Melayu

6 Julai 2009, satu lawatan dari IPGM Kampus Pusat Bahasa Melayu telah melawat ke Balai Seni Lukis Negara. Kumpulan seramai 40 orang, yang terdiri daripada bakal-bakal guru ini tiba pada jam 2 petang. Ketibaan mereka disambut dengan taklimat dan seterusnya lawatan ke galeri-galeri pameran yang diketuai oleh Kurator Bahagian Pameran, Encik Majidi Amir. Lawatan yang bertujuan memberikan pendedahan tentang bidang seni visual tanahair ini, bagi memenuhi keperluan silibus pengajian mereka, tamat pada jam 4 petang.

02 July 2009

Lawatan Kolej PTPL Shah Alam

Pada 2 Julai 2009, Kolej PTPL Shah Alam telah melawat ke BSLN. Kumpulan seramai 20 orang ini tiba ke BSLN pada jam 10.00 pagi, dan disambut dengan penerangan dan taklimat lawatan oleh petugas Unit Lawatan di dalam auditorium. Selepas itu, mereka dibawa melawat ke galeri-galeri pameran di BSLN. Lawatan tamat pada jam 11.30 pagi.

Lawatan IPGM Cheras

IPGM, Cheras telah melawat ke BSLN pada 2 Jun 2009 di bawah kelolaan En. Salehudin (Pensyarah). Ketibaan mereka pada jam 9.30 pagi telah disambut, seterusnya dibawa melawat ke galeri-galeri pameran. Lawatan singkat ini berakhir pada jam 11.00 pagi, memandangkan para bakal guru ini perlu menghadiri kelas yang seterusnya di institusi mereka.

01 July 2009

Lawatan SMK Anderson

Seramai 30 orang pelajar dan seorang guru, dari SMK Anderson, Ipoh, Perak, telah singgah ke BSLN pada 30 Jun 2009, jam 3.00 petang. Para pelajar yang terdiri dari Kadet Polis ini datang ke BSLN bagi menambah pengetahuan berkenaan seni visual dan melihat karya-karya yang dipamerkan.

Lawatan SMK Dato' Bentara Luar

29 Jun 2009 - Lawatan dari SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Lawatan seramai 44 orang (termasuk 5 orang guru) ini bermula dari 2.30 sehingga 4 petang. Kehadiran peserta lawatan yang terdiri dari pelajar tingkatan 6 ini bertujuan untuk meluaskan pengetahuan mengenai seni visual selain melihat sendiri karya-karya asli yang dipamerkan.

Sempena Wiraku Patriotisme

BSLN telah menganjurkan pertandingan melukis, Wiraku Patriotisme: Ke Arah Satu Malaysia, di BSLN pada 25 Jun 2009. Bersempena dengan acara tersebut, satu taklimat khas dan lawatan berpandu telah diadakan khas kepada para guru yang mengiringi anak murid mereka. Taklimat khas dan lawatan berpandu ini diadakan sementara para peserta pertandingan (murid-murid sekolah) sedang bertanding, dari jam 9 sehingga 11 pagi. Seramai lebih kurang 170 orang guru telah mengikuti taklimat khas dan lawatan berpandu ini.

Taklimat di dalam Auditorium, telah diberikan oleh Penolong Kurator, En. Erry Arham (Pengenalan BSLN dan lawatan), Kurator Cawangan Perkhidmatan Pameran, En. Majidi Amir (Persediaan dan Teknikal Pameran) dan Kurator Cawangan Konservasi, En. Amerrudin Ahmad (Cabaran Pameran Pada Masa Kini).

Sesi Penerangan Pameran Mosaic of Malaysia

19 Jun 2009, jam 9.30 pagi, satu sesi penerangan berkenaan Pameran terbaru di BSLN, Mosaic of Malaysia telah diadakan. Sesi ini bertujuan memberikan maklumat tambahan dan pengetahuan khususnya kepada Pembantu Muzium Cawangan Perkhidmatan Pameran. Penerangan diberikan oleh Kurator, En. Majidi Amir (berkenaan konsep pameran), Penolong Kurator, En Erry Arham (berkenaan sinopsis pameran) dan Penolong Kurator, Cik Lim Ai Wei (berkenaan pengisian pameran dan karya). Sesi ini berjalan selama 45 min, sebelum galeri dibuka kepada orang ramai.

Lawatan Da Vinci Creative Kids, Ampang

Pada hari Sabtu, 20 Jun 2009, Da Vinci Creative Kids arts & crafts creative development centre, Ampang Point, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Balai Seni Lukis Negara. Ketibaan mereka pada jam 10.30 pagi telah disambut dengan penyampaian taklimat lawatan serta serba sedikit penerangan mengenai BSLN.

Peserta lawatan seramai 20 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur antara 6-13 tahun dan diiringi 5 tenaga pengajar Da Vinci telah dibawa melawat ke galeri-galeri pameran di BSLN.

Selain itu mereka turut dibawa melawat ke Kotak Seni untuk melihat Artist In Resident, En. Amirudin Ariffin dan En. Rafie Abdul Rahman. Di Kotak Seni, mereka didedahkan tentang bagaimana pelukis bekerja dan menghasilkan lukisan. Mereka juga berpeluang bertanya soalan dan beramah mesra dengan pelukis.

Sebagai pelengkap kepada lawatan ini, satu pertandingan kraf yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Da Vinci telah diadakan. Hasilan kraf ini adalah berdasarkan daripada pengalaman mereka setelah melawat dan melihat pameran-pameran yang diadakan di BSLN. Sementara menunggu keputusan pemenang pertandingan ini, para peserta lawatan telah diberikan 10 soalan pop kuiz berkenaan dengan BSLN dan pameran yang diadakan. Lawatan tamat pada jam 2.30 petang.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Badliza Badrudin, selaku Principal Da Vinci Creative Kids, Ampang serta tenaga-tenaga pengajar Da Vinci kerana sudi membawa kelas mereka melawat ke BSLN.